Pengenalan
Latar Belakang
Terdapat sekitar 402,956 orang pelajar yang menduduki Peperiksaan SPM 2025. Di kalangan pelajar tersebut ada yang bercuti dan ada di antara mereka yang bekerja. Sebahagian besar mereka tidak berpeluang untuk mengisi masa cuti secara berfaedah dan memungkinkan mereka terjebak dengan aktiviti gejala sosial yang negatif.
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangun modal insan yang seimbang dan mempunyai jati diri, maka satu bentuk pengisian dari sudut aqli, jasmani, ruhani dan emosi perlu dirancangkan. Oleh itu Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim Cawangan Pangkalan Chepa (KTDPC), Kolej Teknologi Darulnaim Cawangan Kuala Lumpur (KTDKL) dan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP) akan melaksanakan Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja. Kursus ini adalah sangat relevan dan mampu menyumbang untuk membantu kerajaan dalam mencapai matlamat tersebut.
Objektif
- Menyediakan program-program yang memberikan penekanan aspek pembentukan jati diri dan kesukarelawanan kepada pelajar lepasan SPM.
- Mendedahkan pelajar kepada kemahiran berorganisasi, pengurusan dan komunikasi.
- Membina kemahiran pengurusan diri.
- Melahirkan individu yang sayang dan sanggup berbakti kepada masyarakat.
- Melahirkan kepimpinan pelajar berwibawa dan berketerampilan.
Sasaran Peserta
Kursus ini terbuka kepada semua lepasan SPM 2025 di seluruh negara
Kandungan Kursus
Tempat & Tarikh
Zon Utara | 26 - 31 Dis 2025
Pulau Tuba
Langkawi, Kedah.
Zon Timur | 26 - 31 Dis 2025
Kolej Teknologi Darulnaim
Kota Bharu, Kelantan.
Yuran
RM350 sahaja untuk LIMA hari termasuk penginapan, makan lima kali sehari, tshirt JDK, bahan modul, bimbingan Mentor sepanjang cuti hingga keputusan SPM keluar dan sijil penyertaan.